Monday 8 August 2011

UMNO wujudkan Jabatan Pemasaran Politik

Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO telah umumkan hasrat UMNO untuk tubuhkan Jabatan Pemasaran Politik. Ini idea telah lama dikemukakan tapi tidak dihiraukan oleh UMNO.

Baguslah jika UMNO akhirnya setuju gunapakai pendekatan political marketing untuk memenangi hati pengundi.

Namun, cabarannya bukan terletak kepada sistem pemasaran yang tersusun dan berstrategi. Cabaran besar adalah , produk yang nak dijual tu. Kalau produknya "teruk", apa pun sistem pemasaran yang digunakan tidak akan membawa kesan. Umpamanya Restoran yang terkenal dengan juadah makanan  yang rendah kualitinya, makanannya tak sedap dan basi. Bagaimana banyak iklan yang disiarkan dan jurujual yang disediakan, pelanggan tidak akan datang ke Restoran itu.

Kalau tak silap, thesis sarjana salah seorang bekas think tanker UMNO berkisar kepada tajuk "political marketing" . Beliau cuba bawa pendekatan "political marketing" tapi waktu itu SUK Umno tidak faham mengenai konsep dan faedah pendekatan tersebut. Usaha beliau turut terhalang oleh tingkat 4 , pejabat Perdana Menteri pada ketika itu. Maka , banyaklah  cadangan beliau yang berorientasikan kaedah pemasaran politik terbengkalai begitu sahaja tanpa dapat dilaksanakan. Umpamanya, apabila beliau melakukan segmentasi pasaran dan mendapati bahawa Hindraf merupakan "influencer" kepada segmen pengundi India. Beliau berulangkali meminta diaturkan perjumpaan diantara PM dengan kumpulan berpengaruh Hindraf agar pengundi India kembali kepada BN. Namun usaha mendapatkan temujanji Kumpulan berpengaruh Hindraf dengan  Datuk Seri Abdullah Badawi (PM ketika itu) digagalkan oleh elemen Tingkat 4.

Saya pernah membaca kertas kertas cadangan yang beliau gubal dan diluluskan oleh PM Abdullah Badawi tapi terhalang perlaksanaannya kerana Tingkat 4 ada prioriti lain. Berani saya mengatakan, UMNO tidaklah akan dilanda tsunami politik jika cadangan beliau itu diberi keutamaan berbanding cadangan tingkat 4. (Hari ini elemen tingkat 4 hidup mewah dan masih glamour dalam Pemuda UMNO dan syarikat milik UMNO)

Bekas think tanker UMNO itu  pernah bawa pakar political marketing dari luar negara bertemu PM Najib dan PM amat menyukai pendekatan political marketing tersebut . Beliau juga pernah bawa Sir Robert Worcester, Pakar Kajian Politik yang menjalankan kajian untuk John Major dan Tony Blair. Bekas think-tanker itu telah menghantar SMS kepada Ketua Pemuda UMNO supaya dianjurkan Master Class in Political Marketing. Malangnya tidak ada jawapan kepada SMS yang dihantar.

Perkara ini berlaku satu setengah tahun yang lalu ketika PM Najib baru ambil alih jawatan daripada Datuk Seri Abdullah Badawi. Tak mengapalah, walaupun terlambat satu setengah tahun, akhirnya UMNO akan guna pendekatan pemasaran politik.

Untuk itu, elok lah dilihat dari sudut "produk" itu sendiri. Apakah "produk UMNO" itu sudah cukup baik dan tidak tertinggal zaman. Kemudian jenama produk itu. Jenama sekarang UMNO itu sombong , angkuh dan tamak. Itu jenama yang ada pada UMNO. Namun jenama itu boleh ditukar dengan strategi re-packaging parti tersebut. Kemudian, marketing channel management. Adakah UMNO menggunakan marketing channel sebaik mungkin contohnya NGO, khidmat awam, universiti dan yang paling utama marketing channel UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan. Strategi promosi pula bagaimana? ianya perlu relevan kepada pelanggan dan bakal pelanggan yang terdedah kepada strategi promosi UMNO menerusi  iklan dan kaedah perhubungan awam di dalam media cetak, media elektronik dan media alternatif. Kempen ala sure heboh , pameran , seminar dan perhimpunan semuanya adalah strategi promosi yang wajar digunapakai. Selain itu, dari perspektif strategic political marketing pula, UMNO perlu jawab soalan penting seperti apakah "produk positioning UMNO" ? bagaimana dengan segmentasi pasaran? sudahkah dibuat kajian dan selepas itu digubal "product strategy" untuk setiap segmen? Bagaimana pula dengan citizens relationship management? voters relationship management? selain itu, apa strategi UMNO untuk memanfaatkan media sosial seperti facebook, dsbnya sebagai saluran pemasaran.

Zaman sekarang sudah berbeza. UMNO kena pilih untuk jadi parti berorientasikan produk , berorientasikan kejurujualan dengan mengharap kepada penceramah dan Menteri menteri nya sahaja atau parti berorientasikan pelanggan. Kalau UMNO merupakan parti berorientasikan pelanggan , ia harus bersedia mendengar isi hati rakyat, mendengar teguran rakyat dan melakar produk dan strategi parti sesuai dengan citarasa setiap segmen dalam masyarakat amnya dan khasnya setiap segmen pengundi.

Akhir sekali, jangan lupa lihat strategi pemasaran politik lawan. UMNO perlu ada USP atau Unique selling proposition serta kelainan produk atau produk differentiation.

Banyaklah yang saya boleh sentuh mengenai perkara ini. Namun, sememangnya "political marketing" adalah satu bidang baru. Walaupun begitu, political marketing kini menjadi satu fenomena dan arus baru dalam pendekatan parti parti politik di dunia. Pernah Obama dianugerahkan sebagai Political Marketer of the Year oleh sebuah majalah di Amerika.

Jangan pula UMNO terpedaya oleh konsalten yang tak tahu membezakan pendekatan political communication yang sebenarnya berbeza dengan pendekatan political marketing.

Syabas Datuk Maslan. semuga mencapai kejayaan.

No comments: