Tuesday 29 November 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

Akan berkumandanglah slogan berteraskan Melayu dan Bumiputera di perhimpunan Agong UMNO. Najib, Muhyiddin, Khairi, Shahrizat dan sebagainya akan nyanyikan lagi agenda Melayu disepanjang perhimpunan. Semuanya bertujuan menghiburkan hati orang-orang Melayu tentang komitmen UMNO memperjuangkan Agenda Melayu. Melayu mudah lupa. Mendengar slogan tersebut , Melayu akan terpegun serta kembali sayang pada UMNO. Di musim perhimpunan Agung UMNO, ramailah yang sebelum ini nak undi PAS kembali insaf dan nak undi UMNO disebabkan terpegun mendengar nyanyian agenda Melayu oleh Pemimpin dan Pembahas di perhimpunan Agung UMNO.  Lupalah mereka bahawa sudah lumrah, bahawa setiap kali selepas perhimpunan Agong UMNO, slogan entah ke mana, perjuangan entah ke mana. Maka ramailah pemimpin UMNO yang menyenyayikan slogan Agenda Melayu di perhimpunan Agung UMNO kembali kepada norma politik sebaik selesai perhimpunan  - mulalah mereka kembali kepada  fenomena politik yang menghancurkan Melayu - rebut kuasa, buat duit.

Melihatkan kembalinya fenomena rebut kuasa rebut duit tersebut yang dijangka berlaku tak lama selepas perhimpunan Agung UMNO, maka Melayu yang dulu benci dan kini sayang pada UMNO kembalilah membenci UMNO . Maka Najib dan Muhyiddin pun kembalilah risau akan impaknya terhadap keputusan Pilihanraya Umum kelak.

Apapun, ucapan para pemimpin dan pembahas UMNO tersebut pastilah mendapat sokongan dan pujian blog dan tweet pro-Melayu seperti Papagomo, SatD,Rockybru,parpukari,Jebatmustdie, Zakhirm , firdyfire dan ramailah lagi. Namun jangan pulak dinafikan kebijaksanaan mereka menilai manusia dan keadaan. Mereka tidak mudah dipersendakan oleh mana mana Pemimpin Melayu. Mereka tahu siapa kaca dan siapa Intan

Memanglah ramai orang Melayu  benci PAS yang khianat kepada Islam, DAP yang anti-Melayu , Anti-Raja, Anti Tentera, Anti-Polis, Anti- Khidmat Awam dan PKR yang anti orang yang Anti-Anwar. Tapi ramai juga orang Melayu yang sudah kurang sayang kepada UMNO disebabkan gelagat pecah belah dalam UMNO serta kerana UMNO sudah hilang prioritinya.

Kini ada Kem Mahathir, Kem Tun Abdullah, Kem Najib, Muhyiddin, Khairi, Mokhriz, Setiausaha Agong. Setiausaha Kerja pun ada gengnya. Ada orang yang dia suka, ada orang yang dia benci. Untuk bersatu, Kem Kem ini tidak perlu wujud. Semua pihak patut dialu-alukan. Jangan amalkan sikap "orang tu boleh tolong kita dan orang tu tak payah".

Kini , Melayu bertanya , apa prioriti UMNO yang sebenarnya. Yang nampak si polan yang kejar jawatan dan si polan yang kejar duit dan projek. Cuba minta semua Ketua Bahagian senaraikan apa prioriti UMNO sebenarnya? beri mereka 3 minit untuk senaraikan 5 prioriti, kita pasti jawapannya berbeza atau tidak hairan , kalau ada yang tak dapat jawab. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden perlu lakukan sesuatu supaya UMNO kembali kepada prioriti sebenar, tahu prioriti sebenar dan  berpegang teguh kepada prioriti tersebut demi Bangsa, Agama dan Negara.

.